Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh

45 Flares Twitter 1 Facebook 44 Google+ 0 Pin It Share 0 Email -- Filament.io 45 Flares ×

First sekali Salha nak ucapkan maaf berbanyak-banyak to all my readers, dah lama betul tak update blog sbb busy sangat dengan projek Vietnam, kalau boleh nak capaikan impian semua rakan-rakan kongsi Salha yang tengah fight for this trip. Also Salha baru pindah rumah, baru pasang balik internet.

********

Anyway, Ahad lepas bersama kumpulan kecil dari usahawan-usahawan dari B32, we all collectively ada buat sedikit collection untuk nak donate to one of the selected orphanage, namely ‘Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras’ kat Sungai Buloh.

Sebenarnya, Salha SANGAT bersyukur diberikan peluang berjumpa dengan bisnes ni, sebab kalau nak dikenangkan balik sejarah hidup Salha dulu, usahkan fikir nak hulurkan bantuan kepada anak-anak yatim atau golongan yang memerlukan, mahupun ahli keluarga terdekat esp Mak, Ayah dan adik beradik, Salha sendiri yang rasa perlu dibantu. Hidup kat KL ni, kais bulan makan bulan. Cukup-cukup makan jer. Tapi Alhamdulillah, jumpa bisnes macam ni, sedikit sebanyak bila dah mampu tolong diri sendiri, keluarga, sekarang boleh lagi extend untuk bantu masyarakat. Dan Salha cukup bangga bila tengok rakan-rakan kongsi Salha pon mampu menghulurkan sumbangan, meluangkan masa dan tenaga pagi tu utk menjayakan majlis. Alhamdulillah syukur sangat…

So we all started pagi tu gather dulu for breakfast…

So, sampai-sampai terus ke surau untuk sedikit majlis ucapan dan penyampaian sumbangan terkumpul.

Sayu jer bila tengok anak-anak ni. Bila kenang-kenang balik, syukur sangat pada kita semua yang masih dikurniakan kedua ibu bapa yang masih bersama kita hingga ke hari ini. Bayangkan mereka ni, kecik-kecik lagi dah berdikari, tanpa kasih sayang ayah dan ibu… 

Terima kasih to my business partners yang meluangkan masa pagi tu from group Lily, Dewi, Izyan, Aisyah, Salleha and Aida. I’m proud of you all, walaupun semua busy nak kejar Vietnam masih sempat beramal. :)

Sedikit sumbangan terkumpul yang disampaikan oleh ketua kumpulan pada hari tu, CDM Razali dan CDM Hanis kepada Pengetua sekolah, Encik Jamal. According to Encik Jamal, Alhamdulillah, total kutipan tu can at least cater for a month of the school expenses.

Thanks jugak kepada semua rakan kongsi yang telah menyumbang kepada dana pada hari tu, semoga Allah SWT membalas jasa kalian semua.

Lepas tu adalah sedikit jamuan, KFC untuk anak-anak semua. Seronok betul dapat jamu diorang ni makan, sbb kalau ikut cakap Cikgu Azam, bukan selalu diorang dapat makan camni. Memang nampak diorang berselera.


Sebelum balik sempat la jugak intai asrama diorang. Nampak kemas dan bersih. Tahniah cikgu-cikgu kat Rumah Kasih Harmoni ni sbb berjaya didik anak2 ni… Tahniah Cikgu!

Last but no least, kepada semua blog reader Salha yang berminat untuk menghulurkan bantuan dan sumbangan, boleh hubungi Pengetua Rumah Kasih Harmoni seperti nombor yang tertera di bawah. Sumbangan anda amatlah dihargai. Selamat beramal. :)

En. Jamaludin
012-3942783

(Credit gambar to Ismalina, Raz dan hubby).

Salha Zain Premium Beautiful Top Agent

4 thoughts on “Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras, Sungai Buloh

  1. Askum…cik jamal,eisya sebenarnye dah kawin,tp jodoh eisya ngan suami tak panjang…kte org bercerai….die cerai kan eisya masa eisya mengandung…cuma nasib tak menyebelahi eisya…eisya mengalami keguguran…eisya ade kat hospital kuala lumpur skrg nei…sy doakan anak2 kasih harmoni sehat2 je ek…walaupaun sy dah kuar dari sane…eisya x pernah lupekan adik2 kat sane.eisya rindu sngt kat die org,nnti eisya dah sembuh,eisya nak datang melawat kat sane,cik jamal marah tak,sy rindu ibu,mak,mama,dan kawan2 sy kat sane.kalau kat sane ade keje kosong,x kesah cleaner ke,ape2 je la,sy x kesah…skrg pon eisya x ade tempat tinggal,eisya kene halau dari rumah kat selayang,eisaya perlukan duit nak sara hidup eisya ngan mak eisya…eisya nei jugak dikirakan jd mangsa rogol,tp eisya dah buat laporan polis…ade satu pak cik nei,die tuan punya bilik yg saye sewa kat setapak air panas,tp die tahu sy mengandung,die nak kawin ngan sy,sy buat repot polis sbb die kawin ngan sy cara x sah,x berwalikan bapak sy dan perkawinan tak berdaftar dari jawi…sy dah hantar surat repot tu kat pejabat agama,biar die uruskan dan satu lagi kes,yg boleh masukkan die dalam penjara,sbb die rogol sy…die pukul sy sampai sy keguguran…sy berada di hospital dan kehilangan anak sy…sy sering ditipu,bekerja tidak dibayar gaji…memang nasib sy dah malang sejak kecil lagi…sy dimasukkan ke hospital disebabkan pendarahan yg teruk dan terpaksa anak sy digugurkan…sy doakan anak2 kat sane gembira dan ceria slalu,ini doa dari eisya bekas anak dari rumah kasih harmoni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>