Jom kite gi ramai2 majlis berbuka puasa ni nak…InsyaAllah dgn kedatangan kite kt majlis tu bukan sahaja kita dapat bersedekah tapi dapat juga kite gembirakan hati anak-anak yatim Darul Izzah yang kehilangan ibubapa dan saudara…(bile i tulis camni i pulak yg rase nk nangis..sensitif sket bab2 nih)..
I still tak dapat bayangkan cane anak2 yatim ni, kecik2 lagi dh takde mak ngan ayah…cane sedihnye diorang sambut raya…sambut raye pun bukan macam kite…beli baju raye baru, kasut baru..maybe ala kadar je….i ni dok jauh ngan my parents yang kt jb pun dh sedih lagikan yang terus takde mak ayah..
Jom nak kite happykan diorang..after makan main bunga api ke (boleh ke camni)..or at least, kita share kasih sayang kite supaya diorang rase seperti kasih sayang mak dan ayah ke..
Setiap pembelian tempat duduk utk majlis ni sebahagiannya akan didermakan kt anak2 yatim Darul izzah..manetau tahun ni diorang merase dapat baju and kasut raya baru ke…InsyaAllah…
Details utk majlis ni spt dibawah:
JEMPUTAN
MALAM NUR ISLAM SEMPENA MAJLIS BERBUKA PUASA AMAL BERSAMA PENGHUNI RUMAH ANAK YATIM DARUL IZZAH
TEMA: “ UKHUWWAH BERTAUT MAHABBAH TERJALIN ”
BUTIRAN PROGRAM
Bayaran : RM 100/Seat or RM 1000/Tables (10 persons)
Tarikh : 12 September 2009 / 22 Ramadhan 1430H
Masa : 6.20 ptg – 11.45 mlm
Lokasi : Bangi Golf Resort Restaurant
Anak Yatim : Rumah Anak Yatim Darul Izzah (40 orang)
Artis Undangan : Now See Heart
PENYELERAS PROGRAM
Nama Badan : Pertubuhan Kebajikan Islam Darul Ansari atau PERKIS
Darul Ansari Resources
No.Daftar Badan : 001789755-W
No.Phone : +601925639 65 (Mohammad Iqbal Hadzir)
Alamat Pejabat : No.21A Jalan 15/1B, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru
Bank Berurusan : Bank Islam Malaysia Berhad, Cawangan Bandar Baru
Bangi, Selangor Darul Ehsan
No Akaun : PERKIS DARUL ANSARI RESOURCES
(12-029-01-005492-2)
ATURCARA MAJLIS
6.20 ptg – 6.30 ptg : Kehadiran para jemputan
6.30 ptg – 6.45 ptg : Ketibaan Penghuni Rumah Anak Yatim Darul Izzah
6.45 ptg – 7.00 mlm : Bacaan al-quran & Terjemahan
7.00 ptg – 7.45 mlm : Berbuka puasa
7.45 mlm – 8.15 mlm : Sembahyang Maghrib berjemaah
8.15 mlm – 8.25 mlm : Jemputan Mengambil Tempat
8.25 mlm – 8.30 mlm : Bacaan Doa
8.30 mlm – 11.30 mlm : Jamuan makan
Kata-kata aluan oleh Pengarah Program
Persembahan Nasyid oleh anak yatim
Persembahan Nasyid oleh Now See Heart
Deklamasi Puisi & Teater oleh anak yatim
Deklamasi Puisi oleh Wakil PERKIS
Ucapan Penutup oleh Pengerusi PERKIS
11.30mlm – 11.45 mlm : Majlis sumbangan kepada wakil rumah anak yatim.
11.45 mlm : Majlis Bersurai
*Semua bayaran boleh dibuat sebelum 6hb September ini.